Wednesday 7 September 2011

Pengenalan

Blog ini dimulakan selepas terpanggil dengan satu soalan dari Adik saya lewat petang-petang terakhir Ramadhan. Semasa sedang leka melayan anak-anak buah menonton Ultraman di YouTube. Soalannya mudah, tetapi jawapannya amat mendalam.



"Kenapa di Jepun ada Ultraman? Kenapa Ultraman mesti menang melawan raksasa?"

Saya tercengang. Tidak sangka soalan itu yang ditanya. Sesungguhnya saya tidak tahu jawapannya.

Maka, adik saya menjawab soalan yang ditanyanya setelah melihat ada kekusutan di muka saya.

"Jawapannya mudah, Ultraman ialah adiwira orang Jepun. Sama seperti Spiderman, Superman, Captain America untuk orang-orang Amerika. Ultraman memberikan kekuatan kepada orang Jepun untuk bangkit dan menentang segala kesusahan dan penderitaan."

Terdetik di hati saya, betul juga kata adik saya itu. Maka perbualan sejenak itu membuat saya berfikir, 'Siapa adiwira orang-orang Malaysia?". Watak HERO manakah yang kita pilih menemani jati diri anak-anak bangsa kita?

No comments:

Post a Comment