Wednesday 7 September 2011

Adiwira Versi Malaysia : Laut Biru Yang WAJIB Diterokai.


Dewasa ini ramai yang bercakap tentang menerjah laut biru dalam bidang masing-masing.

Adiwira Versi Malaysia adalah laut biru yang wajib diterokai oleh penggiat seni, media juga para penulis. Kita perlu melahirkan lebih banyak Adiwira yang syariah-compliant yang dapat menjadi model terbaik kepada anak bangsa kita dalam acuan yang kita buat sendiri.

Kemerdekaan selama 54 tahun menyaksikan lambakan adiwira barat yang menjajah minda kita. Tidak hairanlah penjajah kita dahulu tidak heran akan kemerdekaan kita, ini adalah kerana minda kita telah mengikut acuan barat. Segala yang kita agung-agungkan adalah milik barat. Segala budaya yang dahulunya asing, kini telah kita jemput masuk ke dalam rumah kita melalui televisyen, DVD serta komik-komik yang saban bulan kita langgani.

Kita tertawa dengan jenaka mereka. Kita berkongsi dan teruja dengan kemenangan mereka. Kita turut merasakan pakaian mereka 'tidak-apa' adiwira perlu berpakaian begitu. Maka tidak hairanlah bila moral anak-anak kita mengikut segala acuan Spiderman, Superman serta X-Men yang ditonton dan diberi status UMUM oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia.

Perjalanan kita mencari adiwira versi Malaysia ini masih jauh. Maka, siapa yang terpanggil untuk berenang di lautan memBIRU ini bersama saya?

No comments:

Post a Comment