Wednesday, 28 September 2011

NameWee : Wira atau Petualang Bangsa...

Terpanggil untuk turut bersama membahaskan isu Namewee dan 'Nasi Lemak 2.0'nya. Saya berpeluang menonton filem tersebut minggu lepas sebelum terbang pulang ke Dubai. Tergelak kecil saya apabila tiba di kaunter TGV KLCC sambil mulut laju menyebut 'Nasi Lemak, 2' seolah-olah memesan hidangan nasi lemak di gerai makan di waktu pagi. Teman saya si Datuk Tugu juga tertawa kecil.

Saya berusaha juga merebut kesempatan sebelum filem tersebut diharamkan sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. (Malaysia boleh, kan?)

Sinopsis Nasi Lemak 2.0 : Chef Huang (Wee Meng Chee) berdepan kesukaran untuk meneruskan perniagaan makanan miliknya kerana dia gagal menyediakan masakan tempatan yang diinginkan oleh para pelanggannya. Namun, bertentangan dengan masakan yang kurang popular, dia dikenali sebagai “Hero Huang” di kawasan kejiranannya. Cef Huang akan membantu komunitinya sehinggalah dia bertemu dengan Xiao K (Karen Kong) yang membuatkannya terjebak dalam masalah. Untuk membolehkan dia meneruskan kehidupan ini serta perniagaan restorannya. Cef Huang perlu mendapatkan bantuan daripada penjaja kedai wanita penuh misteri (Adibah Noor), yang mengarahkan dia agar memulakan satu pengembaraan yang hebat dalam kehidupannya. Ketika berdepan pengalaman yang bakal memberikan kesedaran pada dirinya, dia akan bertemu ramai “hero tempatan” yang memberikan sokongan kepadanya untuk menemui asal-usulnya serta erti sebenar yang tersembunyi dalam “nasi lemak.

Keseluruhannya filem tersebut adalah satu kritik sosial yang bagus dalam suasana Malaysia yang sudah berusia 54 tahun namun masih terkongkong dengan stigma perkauman yang serius.

Di layar Namewee kita melihat secara nyata dunia yang bernama Malaysia. Di situ ada nilai perkauman. Di situ ada isu tidak puas hati sesetengah pihak dengan golongan Melayu yang dianggap 'anak emas' bumi Malaysia. Namun di situ juga tertancap realiti, sekiranya Melayu itu anak emas di bumi Malaysia, kenapa masih menjaja di jalanan dan merempat di kampung? Sedangkan bangsa yang dianggap berada di kelas kedua dan ketiga dalam hirarki bangsa di Malaysia mempunyai konglomerat besar dan bercakap omputeh serta tinggal di luar negara?

Maka di mana sebenarnya nilai menjadi bumiputera di bumi Malaysia.

Maka untuk menjawab siapa Namewee sebenarnya, wirakah atau petualangkah, kita harus terlebih dahulu menetapkan kita berpihak kepada barisan atau pakatan, maka kemuadian tepuk dada dan tanyalah selera!

Kunci kejayaan yang cuba disebarkan ialah kerja keras, toleransi bangsa dan agama. Kita ini umpama nasi lemak, bercampur-baur rasa di dalamnya, namun nasi lemak juga menjadi pilihan kita. Kita satu bangsa satu negara, kita satu matlamat, kita satu Malaysia.


Itulah sebenarnya mesej yang cuba disampaikan. Sudah tiba masanya kita bangkit dari dakapan perkauman yang membelengu kita.

Yang menyedihkan bila ada juga orang yang tidak mahu melihat perpaduan ini menjadi kenyataan. Hakikatnya bila satu Malaysia menjadi kenyataan, maka kebergantungan kepada parti politik berasaskan bangsa yang mendokong pemerintahan demokrasi ala Malaysia selama 54 tahun ini menjadi satu artifak yang tidak lagi diperlukan.

Maka kita dijamu dengan berita-berita di media massa yang menembak membuta tuli kearah Namewee yang digelar tidak patriotik. Kerana mungkin 'keris' telah dikalahkan oleh HanTu Ya di dalam Nasi Lemak 2.0, namun 54 tahun adalah masa yang terlalu lama untuk khayal dengan pil ecstasy. Masanya sudah tiba untuk bangun dan mencari Wira Bangsa Malaysia yang  baru, yang tidak ‘racist’. Jom! Makan Nasi Lemak!



Tuesday, 13 September 2011

Monday, 12 September 2011

TerBAEK! BoBoiBoy

Sudah jatuh cinta dengan BoBoiBoy
! Sungguh menakjubkan melihat wira-wira cilik yang berkonsepkan muhibbah. BoBoi, Yaya, Ying dan Gopal.

Persahabatan serta bersikap saling tolong menolong dan prihatin menjadi elemen utama siri BoBoiBoy ini. Sungguh mendapat A+++

Namun watak comel yang menjadi kesukaan saya ialah Multi Monster yang akhirnya menjadi Mini Multi Monster...lucu! Pengajaran penting 'seperti budi baik dibalas baik' serta 'budi baik diingat sampai mati'.

Untuk perkembangan semasa BoBoiBoy layari http://animonsta.blogspot.com/

Memang TerBAEK!

Moga akan muncul lebih ramai wira-wira tempatan buat peneman imaginasi anak-anak Malaysia yang dahagakan AdiWira dalam Acuan Malaysia. Malaysia BOLEH!

Wednesday, 7 September 2011

Transformers : Proton, Perodua, Inokom & Naza





Salah satu versi Adiwira yang ingin saya tonton...melihat kereta-kereta nasional ditransformasi menjadi robot gagah dan melindungi keamanan negara atau bumi, dan yang paling penting bercakap dalam bahasa Melayu Tinggi...oh! Sungguh seronok.

Boleh juga jika empat kumpulan berbeza, Proton tidak setuju dengan Perodua, Naza & Inokom pula mencuri-curi peluang menjadi hero kadangkala...penuh dengan konflik, dan pertarungan hebat di lokasi-lokasi seluruh negara...hebat!

Wah! Tidak sabar melihat Saga, Waja, Putra, Inspira berlawan dengan Kancil, Viva serta Perkasa dan Ria...pasti mengujakan...dan pasti para pengguna kereta menjadi teruja dengan model-model kereta mereka...tak sabar rasanya!

Capaian ini (http://pjlighthouse.com/funny-malaysia-made-proton-perodua-transformers/) akan membawa anda kepada beberapa transformasi kereta negara...lihat! Tidak kurang hebatnya bukan?

Adiwira Versi Malaysia : Laut Biru Yang WAJIB Diterokai.


Dewasa ini ramai yang bercakap tentang menerjah laut biru dalam bidang masing-masing.

Adiwira Versi Malaysia adalah laut biru yang wajib diterokai oleh penggiat seni, media juga para penulis. Kita perlu melahirkan lebih banyak Adiwira yang syariah-compliant yang dapat menjadi model terbaik kepada anak bangsa kita dalam acuan yang kita buat sendiri.

Kemerdekaan selama 54 tahun menyaksikan lambakan adiwira barat yang menjajah minda kita. Tidak hairanlah penjajah kita dahulu tidak heran akan kemerdekaan kita, ini adalah kerana minda kita telah mengikut acuan barat. Segala yang kita agung-agungkan adalah milik barat. Segala budaya yang dahulunya asing, kini telah kita jemput masuk ke dalam rumah kita melalui televisyen, DVD serta komik-komik yang saban bulan kita langgani.

Kita tertawa dengan jenaka mereka. Kita berkongsi dan teruja dengan kemenangan mereka. Kita turut merasakan pakaian mereka 'tidak-apa' adiwira perlu berpakaian begitu. Maka tidak hairanlah bila moral anak-anak kita mengikut segala acuan Spiderman, Superman serta X-Men yang ditonton dan diberi status UMUM oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia.

Perjalanan kita mencari adiwira versi Malaysia ini masih jauh. Maka, siapa yang terpanggil untuk berenang di lautan memBIRU ini bersama saya?

AdiWira Barat : Rujukan dari Kitab Injil?

Semasa membuat kajian tentang Adiwira, laman carian google menyenaraikan halaman ini http://human3rror.com/biblical-super-heroes/

Memandangkan tajuknya amat menarik, maka saya teruskan membacanya sehingga tamat.


Reading this particular article made me laugh, for a number of reasons.  I mean, the commentary is absolutely hilarious!  Stuff like:

“Biblical scholars have bitterly debated whether or not Samson could have stood up to modern weaponry.”

“Between communicating with storms, walking on water and turning water into wine, the man (Jesus) pretty much had the whole water thing under his thumb. In some sense, we’d be like a non-useless Aquaman, if that is even possible.”

“These guys (Elisha & Elijah) were basically plugged into The Matrix here, and could do anything they wanted whether the laws of physics were cool with it or not.”

In addition to the fact that I know there indeed does exist a “Super Hero Bible” (which I haven’t read, but I’m ordering it right now…!) the article is a keeper.

But it does bring a particular personal meditation that I’ve had a number of times in light of my appreciative enjoyment for all things comic:

Are the super heroes of today based (loosely, perhaps) off of Scripture?  Where did we ever come up with things like Iron Man, The Hulk, Fantastic Four, etc?

I mean, it makes sense, right?  The amazing stories of David’s exploits and taking down Goliath, many of the Judges (Ehud is one of my favs), Elisha/Elijah and their powerful craziness, and of course our main man Jesus all had to produce within us a desire for superhuman abilities and character traits, right?
The desire to be much more than we actually are and could ever hope to be, right?

Maybe.  Or maybe not.

Perhaps it’s simply our expression and understanding of what makes one truly great.  Saving a beautiful woman falling from a collapsing building via a nifty web-slinging contraption coming out of our hands with the whole city watching is pretty darn cool…

But what of being used by God to share the Gospel with an utterly sinful man which results in repentance and his salvation which glorifies our God in Heaven?  Is that not even more incredible?
Perhaps it’s so impossible (by human means), so utterly improbable, much more illogical than that of the Marvel characters abilities, that we shelf it’s power and reserve our applause for paper-and-pen comic book superheroes.

I know I do at times.

 Apa komen anda?

Adiwira (Sumber : Wikipedia, ensiklopedia bebas)


Adiwira (juga adi wira, bahasa Inggeris: superhero) ialah sejenis watak fiksyen yang dikenali dengan penunjukan keberanian dan kemuliaan serta sering mempunyai nama dan kostum berwarna serta kebolehan yang tidak ada pada manusia biasa. Sejak lahirnya adiwira contoh, Superman, pada tahun 1938, cereka-cereka adiwira — sama ada pengembaraan singkat berepisod atau saga yang berterusan selama bertahun-tahun — telah mendominasi pasaran buku komik Amerika lalu merentas ke media massa yang lain.

Mengikut kebanyakan definasi, watak-watak sedemikian tidak perlu betul-betul mempunyai kuasa luar biasa agar bergelar adiwira, sungguhpun kadang-kadang istilah seperti costumed crimefighters (pembasmi jenayah berkostum) dipakai untuk merujuk kepada sesiapa tanpa kuasa-kuasa sedemikian namun sebaliknya mempunyai ciri-ciri biasa adiwira yang lain.

Istilah superhero pada suatu masa dahulu pernah dijadikan cap dagang milik bersama DC Comics dan Marvel Comics.

Falsafah
"Falsafah" yang menerangkan etos vigilante adiwira (terutamanya seperti dilihat dalam watak Punisher dan Batman) secara pokoknya dirumuskan berabad-abad lalu oleh pendeta Yunani terkenal Aristotle: manusia yang memiliki possessing nilai murni dan kemahiran diri yang amat kuat serta perlunya melangkaui rangka pentadbiran-birokrasi manusia luaran, maka dirinya menjadi imago dei (imej Tuhan) di Bumi: "Terdapat manusia-manusia, menurut Aristotle, yang amat ketuhanan, amat luar biasa, sehingga mereka secara semulajadi, disebabkan anugerah luar biasa mereka, melangkaui segala pertimbangan moral atau kawalan perlembagaan: 'Tiadanya hukum yang memeluk manusia yang berkaliber sedemikian: mereka sendirilah merupakan hukum.'" (Hughes-Hallett, Lucy. Heroes. Alfred A. Knopf, 2004.)

Sifat-sifat biasa

  • Kuasa dan kebolehan yang luar biasa, kemahiran yang relevan, dan/atau kelengkapan canggih. Sungguhpun kuasa adiwira berbeza-beza, kekuatan melebihi manusia biasa, kebolehan terbang dan peningkatan pancaindera amat laris didapati. Sebilangan adiwira, seperti Batman, The Question dan Captain America, sungguhpun tidak memiliki kuasa super namun telah menguasai kemahiran seperti seni mempertahankan diri dan sains forensik (akan tetapi, Captain America memiliki ketahanan melebihi manusia biasa dan keimunan daripada penyakit tertentu). Ada adiwira yang mempunyai kelengkapan khas, seperti sut perisai berkuasa elektrik milik Iron Man dan cincin kuasa Green Lantern.
  • Pegangan kuat pada kod moral, termasuk kesanggupan menggadai keselamatan diri demi kebaikan umum tanpa mengharapkan ganjaran. Kod sedemikian sering termasuklah mengelakkan diri daripada membunuh.
  • Sesuatu motivasi, seperti rasa bertanggungjawab (cth., Spider-Man), menyahut tuntutan formal (cth., Wonder Woman), dendam peribadi terhadap penjenayah (cth., Punisher), atau kepercayaan kuat terhadap keadilan dan khidmat kemanusiaan (cth. Superman).
  • Identiti rahsia yang melinduingi keluarga dan rakan-rakan adiwira daripada disasarkan oleh musuh adiwira itu (meskipun ada pengecualian seperti Fantastic Four), namun kebanyakan adiwira mempunyai seorang pemegang amanah (biasanya seorang rakan atau saudara-mara yang berjanji untuk menyimpan rahsia). Adanya adiwira yang menggunakan nama samaran yang bersifat penghuraian atau metafora bagi amalan awam mereka. Adanya juga adiwira yang sering menghadapi sesuatu pergelutan identiti, iaitu seolah-olah tidak pernah mengetahui identiti sebenar mereka (conthonyam Batman/Bruce Wayne: kedua-dua identiti memandang satu sama lain seperti watak yang berasingan - Wayne sering melihat Batman sebagai seorang lain, manakala Batman tidak pernah menggelar dirinya Wayne).
  • Kostum yang menarik dan tersendiri, sering digunakan untuk melitupi identiti rahsia.
  • Motif atau tema asas yang mempengaruhi nama, kostum, kesan peribadi dan aspek lain perwatakan seseorang wira (cth., Batman menyerupai kelawar gergasi, menamakan kereta khasnya yang juga bermotif kelawar, "Batmobile" dan menggunakan sebilangan alatan canggih yang bermula dengan awalan "bat").
  • Senjata unik, seperti "Lasso of Truth" milik Wonder Woman atau perisai Captain America.
  • Sekumpulan watak sampingan yang berulang alik, termasuk sahabat-handai, rakan sekerja atau teman cinta hero tersebut, sama ada mereka tahu atau tidak identiti rahsia wira itu. Biasanya hubungan peribadi hero ini dirumitkan oleh kehidupan dengan dua identiti, dan ini khususnya menjadi satu tema dalam cerita Spider-Man dan Batman.
  • Sebilangan musuh yang sering dilawan oleh wira itu, termasuk seorang musuh ketat yang lebih menyusahkan berbanding yang lain, biasanya musuh ketat ini merupakan tentangan kepada sifat wira itu (cth., Sabretooth memeluk naluri buasnya manakala Wolverine cuba mengawal naluri dirinya).
  • Kekayaan persendirian (cth., Batman atau pembantu X-Men, Professor X) atau pekerjaan yang membolehkan pemantauan minimum (cth., jelmaan Superman sebagai seorang wartawan).
  • Sesuatu markas operasi yang sering disembunyikan daripada pengetahuan awam (cth., Batcave milik Batman).
  • Sejarah awal yang menjelaskan bagaimana wira itu memperoleh kebolehannya serta sebab dia menjadi adiwira. Kebanyakan sejarah awal ini melibatkan unsur tragedi dan/atau kejadian ganjil yang mencetuskan perkembangan kebolehan wira tersebut.

Kebanyakan adiwira bekerja secara bersendirian. Namun, juga terdapat banyak pasukan adiwira.

Sesetengah pasukan sedemikian, seperti Fantastic Four dan X-Men, memiliki asal-usul yang serupa dan sering bekerja secara berkumpulan. Pasukan yang lain, seperti Justice League dan Avengers, merupakan gagasan "bintang-bintang" yang terdiri daripada wira-wira yang berbeza asal-usulnya dan bekerja secara individu. Kewujudan perkongisn latar atau "alam" di Marvel, DC dan penerbit lain juga membolehkan gandingan yang kerap antara adiwira.

Sesetengah adiwira, terutamanya yang diperkenalkan pada 1940-an, bertugas bersama seorang pembantu (sidekick) muda (cth., Batman dan Robin, Captain America dan Bucky). Amalan ini kian jarang kerana karya yang lebih sofistikated dan pembaca yang lebih matang telah mendapati ancaman kepada kanak-kanak sebegini sukar diterima lalu mengurangkan perlunya watak yang menarik pembaca kanak-kanak. Pembantu sering dilihat sebagai klasifikasi adiwira yang berasingan.

Adirira paling kerap muncul dalam buku komik, dan cereka adiwira menjadi genre dominan dalam persada komik Amerika, sehingga istilah "superhero" dan "watak buku komik" disamakan di Amerika Utara. Setelah kembangnya populariti komik bukan adiwira berbanding cereka adiwira, serta kelarisan komik Jepun (manga), trend ini merosot secara perlahan-lahan. Adiwira juga pernah ditampilkan dalam drama radio, novel prosa, siri televisyen, filem, dan media lain. Kebanyakan adiwira yang muncul di media lain sebenarnya diadaptasi dari komik, namun terdapat pengecualian (cth. Cicak-Man).

Marvel Characters, Inc. dan DC Comics berkongsi milikan cap dagang Amerika Syarikat bagi frasa "Super Hero" dan "Super Heroes" dan ekdua-dua syarikat ini turut memiliki majoriti adiwira paling terkenal dan berpengaruh di dunia. Daripada "Significant Seven" yang dipilih oleh The Comic Book in America: An Illustrated History (1989), Marvel memiliki Spider-Man, Captain America, The Fantastic Four, Hulk, dan Iron Man manakala DC memiliki Superman, Batman, Wonder Woman, Captain Marvel dan Plastic Man. Namun demikian, seperti mana yang dialami kebanyakan watak bukan Marvel yang popular pada 1940-an, Captain Marvel dan Plastic Man diambil alih oleh DC daripada penerbit yang gulung tikar. Namun begitu, terdapat juga wira terkemuka yang dimiliki syarikat lain, terutamanya sejak 1990-an apabila berkembangnya Image Comics dan syarikat lain yang membenarkan pereka untuk mengekalkan kawalan cap dagang dan suntingan terhadap watak-watak mereka. Hellboy, Spawn dan Invincible merupakan antara wira milik pereka yang berjaya di pasaran.

Meskipun cereka adiwira dianggap sebentuk fantasi/sains fiksyen, namun cereka sedemikian telah merentasi banyak genre. Kebanyakan francais adiwira menyerupai cereka jenayah (Batman, Daredevil), cereka seram (Spawn, Spectre) atau sains fiksyen (Green Lantern, X-Men). Kebanyakan adiwira terawal, seperti The Sandman dan The Clock, berakar umbi dalam pulp fiction.

Di dalam alam cereka diri mereka, persepsi umum adiwira banyak berbeza. Adanya adiwira yang disanjung tinggi sebagai pemimpin sivik yang penting, seperti Superman dan Fantastic Four, manakala adiwira seperti Batman dan Spider-Man menghadapi keraguan atau peseteruan awam. Terdapat juga sebilangan kecil adiwira, seperti X-Men dan watak-watak Watchmen yang mempertahankan masyarakat yang syak wasangka dan bersikap dingin terhadap mereka.

Adiwira di luar Amerika Syarikat

Ada juga adiwira yang tersohor dari negara lain yang kebanyakannya berkongsi kebiasaan model Amerika. Contohnya Cybersix dari Argentina, Captain Canuck dari Kanada dan wira-wira AK Comics dari Mesir.

Jepun ialah satu-satunya negara yang menandingi AS dalam pengeluaran adiwira. Kebanyakan adiwira terawal negara ini memakai skarf sama ada sebagai pelengkap atau pengganti mantel dan juga memakai topi keledar sebagai ganti kepada topeng. Ultraman, Kamen Rider, Super Sentai (asas untuk Power Rangers), Metal Heroes dan Kikaider dipopularkan dalam rancangan TV live-action tokusatsu Jepun, manakala Science Ninja Team Gatchaman, Casshan, The Guyver, dan Sailor Moon menjadi kebiasaan anime dan manga. Namun begitu, kebanyakan adiwira Jepun tidak kekal lama.

Sementara syarikat hiburan AS mengemaskini dan memperbaharui adiwira dengan harapan untuk mengekalkan populariti mereka selama mungkin, syarikat Jepun pula lebih cepat membersarakan yang lama dan memperkenalkan yang baru, biasanya secara tahunan, agar menyingkatkan barisan dagangan. Tambahan pula, manga Jepun selalu menyasarkan pembaca perempuan, iaitu berbeza daripada komik AS, serta telah mereka jenis-jenis seperti "magical girl" (cth. Cardcaptor Sakura) untuk golongan ini.

Pada tahun 1947, pengarang/kartunis Filipina Mars Ravelo memperkenalkan adiwira wanita Asia yang pertama, iaitu Darna, seorang gadis desa Filipina yang menemui sebutir kerikil azimat mistik dari planet yang lain yang membolehkannya bertukar menjadi seorang wanita pahlawan yang dewasa. Darna merupakan adiwira wanita solo pertama di dunia yang ditampilkan dalam filem wayang cetera pada tahun 1951 dan telah menjadi satu institusi budaya di Filipina.

Adiwira British mula muncul dalam Zaman Emas tidak lama selepas adiwira Amerika terawal menjadi laris di UK. Kebanyakan wira British asli terhad dalam majalah komik antologi seperti Lion, Valiant, Warrior, dan 2000AD. Marvelman, atau Miracleman di Amerika Utara, mungkin sekali adiwira British asli yang paling terkenal (meskipun banyak berdasarkan Captain Marvel). Popular pada tahun 1960-an, pembaca British makin menggemari Marvelman dan pengarang-pengarang komik UK zaman sekarang yang bernama Alan Moore dan Neil Gaiman mengembalikan Marvelman dalam satu siri yang memperbaharui watak-wataknya dalam unsur yang lebih serius, iaitu pendekatan yang agak menonjol dalam wira British yang terbaru, seperti Zenith.

Adiwira di Malaysia

Keluang Man ialah siri televisyen animasi adiwira Malaysia akhir 1990-an yang direka oleh Kamn Ismail dan banyak berasaskan rupa keluang. Keluang Man mengisahkan seorang penghuni hospital gila yang menemui pakaian aneh yang dipakai tulang rangka lalu memakainya dan menggondol identiti Keluang Man dan berkeliaran di waktu malam dengan tujuan "menegakkan keadilan". Pemakaian adiwira ini serta pembantunya Tiongman, dan kebanyakan penyangak-penyangak dalam siri ini banyak manampakkan ilham dari siri AS Batman.


Cicak-Man diperkenalkan buat julung kalinya kepada rakyat Malaysia dalam filem cetera yang dikeluarkan pada tahun 2006. Filem terbitan KRU ini menyaksikan seorang pekerja makmal bernama Hairi (lakonan Saiful Apek) meraih kuasa luar biasanya apabila terminum kopi yang tercemar oleh cicak radioaktif yang lebur dalamnya, lalu mereka pakaian serba merah bersisik lalu berazam menentang kuasa kejahatan yang diketuai majikan makmal Hairi, iaitu Dr. Klon (Aznil Nawawi). Filem ini mencapai hasil kutipan RM5.2 juta di pawagam dan merupakan antara filem-filem yang paling berjaya dalam sejarah filem Malaysia terkini.

Rujukan

  1. Per Lawrence Journal-World (March 17, 2006): "'V for Vendetta' is S for Subversive", by Jon Niccum, "The Dark Knight: Batman — A NonSuper Superhero", Gamespot: PS2 Games: Batman Begins, Spotlight Comics Annual #2 (May 2002); "The Religious Affiliation of Comic Book Characters: Rev. Dr. Christopher Syn, the Scarecrow of Romney Marsh (one of the world's first masked crime-fighters)" (no date), and other sources.
  2. Benton, Mike. The Comic Book in America: An Illustrated History (Taylor Publishing: Dallas, Texas, 1989), pp. 178-181, reprinted at website Religious Affiliation of Comics Book Characters: "The Significant Seven: History's Most Influential Super-heroes"
  3. British Superheroes: The Forites
  4. Wahida Asrani. "Erra bintang utama Cicak-Man 2?", [hhtp://mstar.com.my mSTAR Online], 2007-01-03.